Thursday 30 January 2014

UPACARA MENANDATANGAN ‘LETTER OF INTENT’

                    


                        Satu majlis menandatangan “ Letter Of Intent “ telah dilaksanakan di IPG Kampus Pendidikan Teknik pada 28 Januari 2014.  Upacara ini dibuat ditandatangan bersama-sama dengan Institut Pengajian Tinggi Awam dan lima buah universiti dari Indonesia iaitu :
1. Universiti Kebangsaan Malaysia 
2. Universitas Negeri Malang, 
3. Universitas Negeri Jakarta, 
4. Universitas Negeri Surabaya, 
5. Universitas Negeri Manado 
6. Universitas Pendidikan Indonesia.



                                Apabila termeterainya penjanjian ini, bermakna satu kerjasama padu akan dibuat antara IPG KPT bersama-sama UKM dan ke lima-lima Universitas dari Indonesia. Kerjasama yang akan dibuat melibatkan aspek pengkongsian ilmu, Wacana Ilmiah, Tenaga Pengajar dan lain-lain. Semoga majlis ini akan memacu scenario pengkongsian yang lebih gemilang ke arah memartabatkan profesyen perguruan sekaligus merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

                                 Para tetamu kemudiannya diraikan dalam satu majlis makan dan persembahan kebudayaan dari pada pelajar IPG KPT.