Monday 13 May 2013

Kursus Pentaksiran dalam Pengajaran dan Pembelajaran”

Jabatan Sains dengan kerjasama Unit Latihan dalam Perkhidmatan IPG Kampus Pendidikan Teknik telah menganjurkan kursus bertajuk “Pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran” dari 20 – 23 Mac 2013 di Hotel Selesa Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Objektif kursus adalah seperti berikut:
  1.    Menjelaskan peranan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran.
  2.    Menghuraikan prosedur pentaksiran di IPGM.
  3.   Menggubal  soalan kerja kursus, peperiksaan berdasarkan JSU dan skema pemarkahan.  

Seramai 42 pensyarah telah menghadiri kursus tersebut. Semua pensyarah Jabatan Sains dan Jabatan Bahasa diwajibkan hadir manakala Jabatan lain diwakili oleh 2 orang pensyarah.
Fasilitator kursus ialah pensyarah daripada Jabatan Sains, iaitu :
  1.        Dr.Tan Juat Ngoh,
  2.        Dr. Norizan Ahmad dan
  3.        Pn. Normah Abdul Aziz. 



Antara isi kandungan yang disampaikan ialah pentaksiran untuk pembelajaran dalam bentuk pelaksanaan kerja kursus, pentaksiran tentang pembelajaran dalam bentuk peperiksaan dan penggubalan soalan peperiksaan yang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Melalui bengkel, peserta kursus meneliti ‘Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus’ dan ‘Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan Dan Skema Pemarkahan’, keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia berkuat kuasa Jun 2012 dan dikemaskini Januari 2013 serta menggubal contoh soalan objektif dan subjektif berunsur KBAT.   Semua pensyarah mendapati  kursus ini sangat sesuai dengan bidang tugas mereka dan dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan min skor 4.8 daripada 5. Objektif kursus didapati tercapai.


Disediakan oleh Dr. Tan Juat Ngoh

Sunday 12 May 2013

LAPORAN VERIFIKASI KERJA KURSUS PERINGKAT IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


Verifikasi kerja kursus di IPG KPT telah dijalankan pada 17 April 2013. Skop verifikasi kerja kursus pada kali ini melibatkan program PPISMP dan PISMP sahaja. Proses verifikasi ini bertujuan memastikan penggubalan dan proses pelaksanaan kerja kursus latihan perguruan dapat dijalankan secara sistematik, profesional, berwibawa dan berkesan mengikut prosedur dan keperluan Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM). Di antara yang terlibat adalah wakil dari Jabatan Ilmu Pendidikan, Pengajian Melayu, Bahasa, Pendidikan Islam, Sains Sosial, Ekonomi Rumahtangga, Matematik, Sains, Perdagangan, Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Unit Kokurikulum. Terdapat dua sampel bagi 2 kursus yang ditawarkan oleh Jabatan/Unit yang terlibat dalam verifikasi kerja kursus oleh iEE IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Hasilnya iEE IPG KPT mendapati Jadual Spesifikasi Tugasan sampel memenuhi prosedur penggubalan kerja kursus seperti berikut:
·        Objektif tugasan berdasarkan hasil pembelajaran.
·        Soalan tugasan berasas tinggi (KBAT).
·        Mempunyai lebih daripada 1 tugasan.
·        Tugasan disemak oleh pensyarah mengikut rubrik yang disediakan.
·         Pensyarah telah menjalankan moderasi dengan menggunakan borang-borang yang betul.
Walau bagaimanapun terdapat cadangan penambahbaikan daripada  iEE Kampus Pendidikan Teknik iaitu:  

·        Menepati objektif penilaian dari segi taburan normal (normal curve).
·        Pembinaan rubrik secara holistik perlu dipertingkatkan lagi.
·        Perlu memastikan sisihan piawai bagi setiap sebaran markah adalah lebih daripada 5.

Pada keseluruhannya didapati kerja kursus di IPG KPT telah dilaksanakan mengikuti kaedah serta prosedur yang betul. Beberapa aspek dari segi teknikal dalam kerja kursus perlu diperbaiki. Jawatankuasa Kerja Akademik IPG KPT akan mengambil tindakan untuk memperbaiki semua kelemahan dan kekurangan yang didapati dalam pemantauan verifikasi kerja kursus. 


Monday 6 May 2013

Kursus pengintergrasian kejurulatihan KBAT dalam P&P peringkat IPG Kampus Pendidikan Teknik


Pemikiran Aras Tinggi didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas melibatkan kemahiran intelek yang tinggi untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan. Secara mudahnya pelajar mencerap sesuatu data atau memanipulasi maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Kursus ini telah diadakan pada 17-19 April 2013 yang lalu di Coral Paradise, Port Dickson, Negeri sembilan. 


Rasional

Kursus ini diperlukan kerana :

1.     Membudayaan dan mengintergrasian  kemahiran berfikir aras tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dan kehidupan seharian. Pemikiran sebegini perlu  terus digemblengkan secara maksimun dalam kalangan pensyarah dan seterusnya pelajar IPG KPT keseluruhannya untuk menghadapi kemajuan masa depan.

2.     Semua pensyarah perlu  mengadaptasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam semua aspek dan bersikap proaktif serta melakukan penambahbaikan semasa menjalankan tugas.

3.      Memperkenalkan Program i-Think dan alat-alat berfikir seperti peta pemikiran dan Habit Of Mind (HOM). Program i-Think  dan alat-alat berfikir merupakan satu pendekatan realistik serta praktikal untuk memupuk proses pemikiran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

4.  Seterusnya melahirkan pencipta dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa depan.

Objektif


Setelah berakhirnya kursus ini diharapkan peserta dapat

1. Terus aktif sebagai jurulatih KBAT kepada semua pensyarah lain terutamanya dalam jabatan masing-masing.
2. Menjadikan KBAT sebagai amalan pembudayaan dan pengintegrasian dalam PnP dan pentaksiran.
3. Menjadi perancang dn pengerak kepada aktiviti pembudayaan KBAT
4. Memantapkan pembinaan amalan budaya dan integrasi KBAT keseluruhannya di IPG KPT khususnya dalam kalangan pensyarah dan pelajar.

Berikut adalah peserta-peserta yang terlibat.

Bil
Nama Pensyarah
Jabatan
1.        
Puan Hjh Normah Abdul Aziz
SUA

2.        
Puan Haliza Hamzah
JIP

3.        
Tuan Haji Abd Ghani Ikhwan
JRBT

Pasukan 1
4.        
Ustz Aleas Md Isa
JAPIM
5.        
Puan Dr Faizah Bt Md Ghazali
JPP
6.        
Puan Anisah Binti Hashim
JIP

Pasukan 2
7.        
Pn Dr Fatimah Mohd Dahalan
JSS
8.        
Puan Dr Faridah Hanim bt Yahya
JTP
9.        
Puan Zuraihan Bt Mohamed
JBAHASA

Pasukan 3
10.    
Puan Faridah Abdullah
JPM
11.    
Puan Norisah Mohd Noor
JSAINS
12.    
Puan Siti Khazimah Salip
JMAT

Pasukan 4
13.    
Puan Rashidah Awang
UNIT KOKU
14.    
Puan Joy Nesamalar
JIP

 Disediakan oleh

Pn Anisah  Hashim

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." 
                                                                                                        (Hadis riwayat Al-Qudhi)