Tuesday 25 February 2014

Thursday 20 February 2014

CERAMAH SEMPENA MAULIDUR RASUL



Sayidina Ali ra berkata 'Jika seorang alim itu tidak bertakwa (tidak bercakap dari hati) maka nasihatnya tidak akan berbekas, seperti air yang jatuh ke atas telur burung kasawari".

sebab itulah nak menjadi guru yang terbaik perlu ada 3 ciri
1. Ilmu
2. Penghayatan/menjiwai
3. Takutkan Allah

Bila kita mendekati Allah barulah kita mampu membawa orang lain kepada Allah, kerana sesungguhnya "sesuatu yang lahir dari hati pasti akan turun ke hati".

Monday 17 February 2014

Majlis Budimu Dijunjung, Jasamu Disanjung



Tuan Pengarah bersama Tuan Timbalan Pengarah  semasa
 'clock out' terakhir pada jam 4.30 petang 14.02.2014

                    Pada tarikh 13.02.2014 bertempat di kafetaria Lelaki IPG Kampus Pendidikan Teknik telah diadakan majlis BudiMu Dijunjung, JasaMu Disanjung sempena meraikan majlis persaraan Tuan Timbalan Pengarah Dr  Haji Mahmud Bin Yahaya dan pensyarah-pensyarah lain iaitu Dr Jennifer @ Weng Beng Neo, YBhg Datin Che Balkis Ismail, Puan Haleza Khusaini, YBhg Datin Kalwant Kaur, Dr Rafidah Kastawi dan Tn Hj Aris Ng Abdullah.

Mengamit rindu datang ke mari
Teman sepermainan di tengah laman
Kenangan bersama memahat memori
Tautan Kasih sepanjang zaman

Teman sepermainan di tengah laman
Biarpun masa seketika cuma
Sisihkan sengketa,diingat jangan
Pertemuan perpisahan perencanaanNya


Ketibaan Tuan Timbalan pengarah Dr Mahmud Yahaya
Antara yang diraikan



Persembahan dari pelajar

Penyampaian cenderahati

Majlis jamuan makan di Concorde Inn KLIA



Wednesday 12 February 2014

PILIHANRAYA JAWATAN KUASA PERWAKILAN PELAJAR 2014





AHLI MAJLIS TERTINGGI
1. Yang Di Pertua : Muhamad Izzudin bin Muhamad Yusop
2. Naib Yang Dipertua Pelajar 1 : Nur Amanina Binti Azhari
3. Naib Yang Dipertua Pelajar 2 : Mohamad Ikram Bin Zakaria
4. Setiausaha Agung : Nurul Atiqah Binti Mohd Jaafar
5. Naib Setiausaha Agung : Siti Khairiah Binti Mahtar
6. Bendahari Agung : Dylan Liew chun Haw : Amir Aizuddin Bin Sebi @ Hasbi
AHLI MAJLIS MESYUARAT
Biro Akademik
Pengerusi           : Nurul Ain Binti Puasa
Naib Pengerusi  : Ammirul Shafiq bin Nor Azman
Biro Keusahawanan
Pengerusi           : Nur Fatin Binti Husin
Naib Pengerusi  : Muhammad Saiful Bin Samsuri
Biro Kerohanian dan Disiplin
Pengerusi           : Muhammad Amirun Aqil Bin Mohd Rusli
Naib Pengerusi  : Allenovack Loudern Yong
Biro Kediaman Pelajar
Pengerusi           : Saiful Amirul Latif
Naib Pengerusi  : Nur Liyana Binti Jamaludin
Biro Hal Ehwal Wanita (HELWANIS)
Pengerusi           : Zarifah Jawahir binti Zainal Abidin
Naib Pengerusi  : Ainaa Nawwara Binti Kamarudin
Biro Sukan dan Rekreasi
Pengerusi           : Aizat Akram Bin Sidek
Naib Pengerusi  : Mohd. Ammirullah Bin Haridan
Biro Teknologi Maklumat
Pengerusi           : Shamil Usrah Bin Zulkipli
Naib Pengerusi  : Amirul Izzad Bin Rosly
Biro SOKEBA
Pengerusi           : Yam Shin Geen
Naib Pengerusi  : Awang Mohammad Shahfiq bin Awang Seman
Biro Kebudayaan
Pengerusi           : Bryan Anak Constant
Naib Pengerusi  : Edalyia Anak Amie
Biro Domestik dan Perhubungan
Pengerusi           : Mohan A/L Chandran
Naib Pengerusi  : Nurul Farhana Rarah



Tuesday 11 February 2014

AUDIT DALAMAN MS ISO 9001 : 2008 BIL. 1/2014


            Audit Dalaman MS ISO 9001: 2008 telah diadakan pada 5 hingga 7 Febuari 2014 di kampus Pendidikan Teknik. Audit dalaman ini bertujuan memastikan sistem pengurusan kualiti IPG mematuhi apa yang telah dirancangkan mengikut keperluan standard dan keperluan sistem pengurusan kualiti IPG (dasar dan prosedur IPG). Ia juga bertujuan memastikan sistem pengurusan kualiti IPG telah dilaksana dan diselenggarakan secara berkesan. 
            Seperti biasa skop audit ialah Perkhidmatan Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan bagi PISMP dan PPISMP. Tempoh liputan audit pula ialah dari 1/7/2013 – 31/12/2013. Audit dibuat berdasarkan dokumen Kualiti  SPK MS ISO 9001:2008 Keluaran 9 yang berkuatkuasa Jun 2012. 
            Hasil dapatan audit ialah 3 NCR dan 3 OFI.