Thursday 10 July 2014

SEKITAR PERTANDINGAN INOVASI DAN KIK DI IPG KPT



Pada 24.6.2014 Pertandingan inovasi dan KIK telah diadakan di IPG kampus Pendidikan Teknik. Pertandingan ini dianjurkan oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan. Penyertaan melibatkan pelajar dan juga pesyarah. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menggalakkan pelajar dan pensyarah sentiasa membuat inovasi dan penambahbaikan dalam usaha untuk memertabatkan profesion perguruan.

Pemenang penyertaan pensyarah : Jabatan Ilmu Pendidikan

Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) antara lain bertujuan untuk:
a) Melahirkan warga IPG KPT yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan inovasi;
b) Memperkenalkan sistem dan cara kerja baru serta menjana kecemerlangan organisasi melalui pendekatan
kreativiti, inovasi dan penciptaan nilai (value creation)
c) Memupuk kerjasama dalam kalangan warga organisasi dan mengeratkan perhubungan di antara pekerja dengan pihak pengurusan.









Monday 7 July 2014

MESYUARAT & BENGKEL KERJA JAWATANKUASA KERJA AKADEMIK BIL 4/2014

Tarikh: 7 Julai 2014
Masa: 8.30 pg - 12.30 ptg
Tempat: Bilik Simulasi 1

Aktiviti:
1. Pengesahan minit mesyuarat bil 3/2014
2. Taklimat SUA tentang Jadual 3, skema TLO dan perubahan beberapa dokumen berkaitan ISO berkuatkuasa Julai 2014
3. Perbincangan tentang pelaksanaan aktiviti JKK Akademik Sem 2/2014
4. Sumbangsaran tentang Minggu kurikulum 2014 termasuk forum pendidikan
5. Pembentangan laporan perbincangan setiap bahagian






Wednesday 2 July 2014

LAPORAN VERIFIKASI KERJA KURSUS PERINGKAT IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

1.0      Skop Verifikasi Kerja Kursus
Skop verifikasi kerja kursus hanya melibatkan program PPISMP dan PISMP dan PPG.

2.0      Objektif Verifikasi Kerja Kursus
Verifikasi ini bertujuan memastikan memastikan penggubalan dan proses pelaksanaan kerja kursus latihan perguruan dapat dijalankan secara sistematik, profesional, berwibawa dan berkesan mengikut prosedur dan keperluan Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM).

3.0      Jabatan/Unit Yang Terlibat
Jabatan-jabatan yang terlibat adalah Ilmu Pendidikan, Pengajian Melayu, Bahasa, Pendidikan Islam, Sains Sosial,  Matematik, Sains,  Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Unit Kokurikulum.

4.0      Sampel Verifikasi
Sembilan sampel (3 tinggi, 3 sederhana dan 3 rendah) bagi semua kursus yang ditawarkan oleh Jabatan/Unit terlibat dalam verifikasi kerja kursus oleh iEE IPG Kampus Pendidikan Teknik.

5.0      Hasil Verifikasi iEE IPG Kampus Pendidikan Teknik

Dapatan iEE IPG Kampus Pemdidikan Teknik:

Kekuatan:
·  Setiap kerja kursus mempunyai lebih daripada 1 tugasan.
·  Tugasan dalam kumpulan kurang daripada 30%.
·  Taklimat kerja kursus oleh SUA, Penyelarar Kerja Kursus  dan KJA diberi kepada
    semua pensyarah seperti yang diarahkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan
    Kerja Kursus.
·  Pelajar juga telah di beri taklimat oleh penyelaras kerja kursus jabatan.
·  Penyediaan JST memenuhi keperluan Pro Forma dan pencapaian hasil 
   pembelajaran.
·  Soalan tugasan jelas mengandungi kemahiran berfikir aras tinggi.

Kelemahan:
·  Markah kerja kursus terlalu tinggi; 1 kategori, 2 gred. Contoh : markah hanya A+
   dan A-.
·  Sikap dan sahsiah merupakan sebahagian daripada kerja kursus dengan wajaran
   10%.
·  Ada kerja kursus berbentuk “Pemerolehan ilmu pengetahuan, Penguasaan ilmu
   pengetahuan dan sikap dan sahsiah”.
· Tugasan kerja kursus mempunyai 2 tugasan seperti contoh Tugasan 1- 70% dan 
  Tugasan 2 – 30% tetapi rubrik holistik hanya disediakan untuk wajaran 100%.
· Bilangan sampel kerja kursus untuk moderasi hanya 6 sahaja iaitu 2 cemerlang, 2
  sederhana dan 2 lemah.
· Borang maklum balas, borang LAM PT 06-01, dan borang LAM PT 06-02.
·Terdapat beberapa pensyarah masih kurang jelas tentang pengurusan
  pelaksanaan kerja kursus.
·Tidak menggunakan warna pen yang berbeza.


6.0      Cadangan Penambahbaikan iEE Kampus Pendidikan Teknik

 Beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan oleh iEE seperti berikut:

·    Verifikasi kerja kursus peringkat IPGK harus diadakan sebelum verifikasi kerja kursus IPGM.
·    Perlu sediakan borang kawalan mutu di mana KJA/iEE mesti meluluskan markah kerja kursus SEBELUM diisikan dalam BKKP.
·    Markah kerja kursus hanya boleh diisikan dalam BKKP selepas verifikasi kerja kursus.
·    Laksanakan modersai markah/pemeriksaan supaya terdapat markah dalam 2 kategori dengan 3 gred, berbentuk lengkung norma dan sisihan piawai lebih daripada 5.
·   Sikap dan sahsiah tidak diberi sebagai satu tugasan kerja kursus tetapi diserap dalam tugasan kerja kursus lain.
·    Pastikan kerja kursus mempunyai tugasan KBAT.
·  Rubrik holistik disediakan bagi setiap tugasan kerja kursus dengan wajaran tertentu.
·   Pastikan bilangan sampel kerja kursus moderasi bagi kerja kursus yang diajar oleh lebih 1 pensyarah ialah 9 iaitu 3 cemerlang, 3 sederhana dan 3 lemah.

·   Verifikasi kerja kursus lengkap dengan borang maklum balas pelajar, borang LAM PT06-01 dan borang LAM PT06-02.

7.0      Rumusan
Pada keseluruhannya didapati kerja kursus di IPG KPT telah dilaksanakan mengikuti kaedah serta prosedur yang betul. Beberapa aspek dari segi penilaian dan penyediaan JST, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan dalam kerja kursus perlu diperbaiki. KJA perlu membuat pemantauan yang berterusan tentang prosedur penggubalan, moderasi dan penyemakan kerja kursus jabatan masing-masing. Jawatankuasa Kerja Akademik IPG KPT akan mengambil tindakan untuk memperbaiki semua kelemahan dan kekurangan yang didapati dalam pemantauan verifikasi kerja kursus. 


Disediakan oleh: En. Tan Teck Seng