Saturday 20 April 2013

Pemantapan Pengurusan Kurikulum

Dalam mendewasakan pengurusan kurikulum di IPG KPT satu program pemantapan telah dijalankan  pada 5 - 12 Mac 2013 yang lalu. Di antara objektif kursus ini adalah

1. Memantau proses perlaksanaan kurikulum dan ko-kurikulum di jabatan
2. Memastikan proses pengurusan kurikulum berjalan lancar disetiap jabatan
3. Memastikan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan proses kerja kurikulum dan ko-kurikulum dipatuhi.
4. Bekerjasama denagn Ketua Jabatan, Ketua Unit untuk meningkatkan kecemerlangan kurikulum di jabatan

Disepanjang program ini, sesi taklimat telah disampaikan oleh
1. Pn Haliza Hamzah ( Pengurusan P&P)
2. En. Tan Teck Seng ( Kerja Kursus)
3. Pn Fauziah Hashim (Peperiksaan)

Kepada semua Ketua Jabatan dan Wakil jabatan semakan ini tealh dijalankan pada 6  hingga 11 Mac 2013. Semakan pada peringkat institut terhad kepada pengurusan p&p dan kerja kursus. Ia dibuat pada 12 Mac 2013. Para panel semakan pengurusan telah dilantik daripada kalangan pensyarah kanan DG54.

Hasil dari semakan ini, satu laporan  dibentangkan oleh  Setiausaha Akademik (SUA) dalam mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan & Penilaian bil 2/13 dan diemelkan kepada semua ketua jabatan untuk tindakan penambahbaikan dan susulan.  

Friday 19 April 2013

Program Pemantapan Latihan Perguruan DPLI Fasa 1


Program Pemantapan Latihan Perguruan yang dilaksanakan mulai 2 hingga 23 Januari 2013 diisi dengan ceramah-ceramah keilmuan, kursus intensif dan sesi perbengkelan. Antara tumpuan yang diberikan adalah berkaitan kemahiran berfikir dan menaakul serta pemantapan penyediaan rancangan mengajar. taklimat praktikum juga telah diberikan kepada pelajar-pelajar. (Jadual 1).

Para pensyarah yang terlibat telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program keilmuan ini. Kepakaran dan pengetahuan yang dikongsi bersama pelajar amat penting bagi bakal-bakal  guru ini.

Para pelajar juga telah memberikan sambutan yang amat memuaskan. Setiap sesi telah diikuti dengan sepenuhnya. Sesi soal jawab juga telah dimanfaatkan oleh pelajar dengan cemerlang.

Jadual 1
Minggu
Tarikh
Hari
Masa
Aktiviti
Tindakan
M1
2  Jan
Rabu
0900-1000
Taklimat Aktiviti DPLI Sem 3
Dr. Norizan Ahmad
3  Jan
Khamis
0900-1330
Gotong Royong
Jabatan Major
4  Jan
Jumaat
0900-1000
Gotong Royong
Jabatan Major
M2
7  Jan
Isnin
0900-1000
Bersama Mentor
Mentor
8  Jan
Selasa
0900-1630
Bengkel “i Think”
Tn Hj Ghani Md Ikhwan
9  Jan
Rabu
10 Jan
Khamis
0900-1630
Kemahiran Menaakul
Dr. Sharifah Kamaliah Syed Suffian (RBT & TESL)
Pn Norehan Shaharoun (B&K dan Prasekolah)
11 jan
Jumaat
0900-1630
Kursus Protokol &
Etika Keguruan
Pn Zurida Halid
(B&K dan Prasekolah)
Ust Zaimuddin b. Hj Hussein 
(RBT)
Pn Rahmah bt Abd Rahman
(TESL)
M3
14 Jan
Isnin
Cuti Umum: Keputeraan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

15 Jan
Selasa
0800-1000
Taklimat Praktikum
Tn. Hj. Azhar Hashim
1100 - 1300
Bersama SUA
Pn. Hjh. Normah Abdul Aziz
16 Jan
Rabu
0800-1630
Bengkel Penyediaan RPH (Major)
Jabatan Major
17 Jan
Khamis
18  Jan
Jumaat
0800-1630
Permainan antara kumpulan
Pn. Rashidah Awang
M4
21 Jan
Isnin
0800-1000
1030-1230
KSSR (Umum)
KSSR (Spesifik)
Jabatan Major
22 Jan
Selasa
0800-1630
Diagnostik awal untuk mengenalpasti murid dengan masalah pembelajaran
Pn. Wan Nomi Wan Omar,
Bahagian Pendidikan Khas
23 Jan
Rabu
0800-1630
Bengkel Penyediaan RPH (Minor)
Jabatan Minor
24 Jan
Khamis
Cuti Maulidur Rasul
25  jan
Jumaat
Persediaan Praktikum
M6 – M17 (28 Jan – 26 April)                      PRAKTIKUM (12 minggu)
Dilaporkan oleh Dr Norizan Ahmad

Thursday 18 April 2013

Program Pemantapan Latihan Perguruan DPLI Semester 3


Kumpulan Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) Ambilan Khas Disember 2011 terdiri daripada 107 orang pelajar.  Mereka  adalah Guru Sandaran Tidak Terlatih yang mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya dua tahun di sekolah rendah. 

Pelajar-pelajar ini dijadualkan untuk menjalani latihan praktikum di Semester 3 bermula pada 28 Januari hingga 29 April 2013. Bagi tempoh empat minggu sebelum bermulanya praktikum, kumpulan ini tidak mempunyai interaksi formal yang ditetapkan oleh IPGM.  Sehubungan itu, pelbagai  program telah dirancang dan dilaksanakan oleh IPG Kampus Pendidikan Teknik  untuk membekalkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan melangkaui proforma yang ditetapkan. Fokus program keilmuan ini adalah pengisian keperluan insaniah seorang insan guru.

Mesyuarat khas bagi membincangkan program yang akan dilaksanakan telah diadakan pada 2 Januari 2013. Mesyuarat ini dihadiri oleh Setiausaha Akademik (SUA), Penolong SUA, Penyelaras DPLI, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Ketua Jabatan Bahasa dan Ketua Jabatan Reka Bentuk Teknologi.  Mesyuarat tersebut memutuskan kumpulan DPLI ini perlu diberi pededahan berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang tidak terangkum dalam kursus-kursus yang dilaksanakan sepanjang semester 1 dan 2.  Objektif utama program ini adalah untuk memastikan mereka lebih bersedia dan bermotivasi untuk menjalani latihan praktikum di sekolah kelak.

Perkongsian pengetahuan dan kemahiran melangkaui proforma merupakan sesi yang amat berguna kepada kumpulan DPLI.  Semoga program ini dapat juga disebarluaskan kepada kumpulan yang lain bagi memastikan graduan IPG Kampus Pendidikan Teknik merupakan pendidik yang cemerlang  dan terbilang. 

Dilaporkan oleh : Dr Norizan Ahmad

Tuesday 16 April 2013

Pemurnian Draf Soalan Peperiksaan Mei/Jun 2013

Alhamdulillah, pemurnian draf soalan di peringkat institut telah dijalankan dengan jayanya. Pada asasnya semua pensyarah yang terlibat dalam penilaian kursus secara peperiksan perlu terlibat dalam penggubalan ini.  Proses ini bermula dengan pengubalan draf soalan diperingkat jabatan lalu dimurnikan oleh SME (Subject Matter Expert) jabatan masing-masing.

Seterusnya proses pemurnian ini diselaraskan di peringkat institut. Proses ini dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu pada:

i. 22/2/13 hingga 24/2/13 dan
ii. 4/3/13 hingga 5/3/13

Penel-panel pemurnian diperingkat institut terdiri daripada IEE institut, ketua-ketua jabatan, penggubal soalan, wakil Jabatan pendidikan (utk semakan pedagogi) dan wakil Jabatan Pengajian Melayu (untuk semakan bahasa).

Pada keseluruhannya, semua pihak telah menjalankan khidmat mereka dengan jayanya. Diharapkan komitmen dan ketekunan tuan/puan dalam menunaikan amanah boleh menjadi contoh kepada generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

Thursday 11 April 2013

Taklimat Kerja Kursus

Taklimat ini telah diberikan oleh Ketua Unit Peperiksaan (En Abi Sarwan bin Rose). Taklimat itu diadakan pada 17 Jan 2013 bermula jam 9.00 pagi. Di Dalam taklimat tersebut beliau menegaskan beberapa perkara, di antaranya:

1. Pemakluman takwim perlaksanaan kerja kursus Semester 1/2013
2. Memaklumkan tarikh-tarikh penting memasukkan markah kerja kursus
3. Cara memasukkan markah sama ada dapatkan dari laman web IPG Kampus Pendidikan Teknik ataupun komputer peribadi yang ditempatkan di Unit Peperiksaan.

Taklimat ini dihadiri oleh Penyelaras Kerja Kursus Jabatan.

Kalender Akademik : KDC

Sila muatturun jadual ini, jika anda perlukan.

Kalender Akademik : PPG

Sila muatturun jadual ini, jika anda perlukan.

Kalender Akademik : Program Sepenuh Masa

Sila muatturun jadual ini, jika anda perlukan.