Saturday 20 April 2013

Pemantapan Pengurusan Kurikulum

Dalam mendewasakan pengurusan kurikulum di IPG KPT satu program pemantapan telah dijalankan  pada 5 - 12 Mac 2013 yang lalu. Di antara objektif kursus ini adalah

1. Memantau proses perlaksanaan kurikulum dan ko-kurikulum di jabatan
2. Memastikan proses pengurusan kurikulum berjalan lancar disetiap jabatan
3. Memastikan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan proses kerja kurikulum dan ko-kurikulum dipatuhi.
4. Bekerjasama denagn Ketua Jabatan, Ketua Unit untuk meningkatkan kecemerlangan kurikulum di jabatan

Disepanjang program ini, sesi taklimat telah disampaikan oleh
1. Pn Haliza Hamzah ( Pengurusan P&P)
2. En. Tan Teck Seng ( Kerja Kursus)
3. Pn Fauziah Hashim (Peperiksaan)

Kepada semua Ketua Jabatan dan Wakil jabatan semakan ini tealh dijalankan pada 6  hingga 11 Mac 2013. Semakan pada peringkat institut terhad kepada pengurusan p&p dan kerja kursus. Ia dibuat pada 12 Mac 2013. Para panel semakan pengurusan telah dilantik daripada kalangan pensyarah kanan DG54.

Hasil dari semakan ini, satu laporan  dibentangkan oleh  Setiausaha Akademik (SUA) dalam mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan & Penilaian bil 2/13 dan diemelkan kepada semua ketua jabatan untuk tindakan penambahbaikan dan susulan.  

No comments:

Post a Comment