Monday 17 February 2014

Majlis Budimu Dijunjung, Jasamu Disanjung



Tuan Pengarah bersama Tuan Timbalan Pengarah  semasa
 'clock out' terakhir pada jam 4.30 petang 14.02.2014

                    Pada tarikh 13.02.2014 bertempat di kafetaria Lelaki IPG Kampus Pendidikan Teknik telah diadakan majlis BudiMu Dijunjung, JasaMu Disanjung sempena meraikan majlis persaraan Tuan Timbalan Pengarah Dr  Haji Mahmud Bin Yahaya dan pensyarah-pensyarah lain iaitu Dr Jennifer @ Weng Beng Neo, YBhg Datin Che Balkis Ismail, Puan Haleza Khusaini, YBhg Datin Kalwant Kaur, Dr Rafidah Kastawi dan Tn Hj Aris Ng Abdullah.

Mengamit rindu datang ke mari
Teman sepermainan di tengah laman
Kenangan bersama memahat memori
Tautan Kasih sepanjang zaman

Teman sepermainan di tengah laman
Biarpun masa seketika cuma
Sisihkan sengketa,diingat jangan
Pertemuan perpisahan perencanaanNya


Ketibaan Tuan Timbalan pengarah Dr Mahmud Yahaya
Antara yang diraikan



Persembahan dari pelajar

Penyampaian cenderahati

Majlis jamuan makan di Concorde Inn KLIA



No comments:

Post a Comment