Tuesday 16 April 2013

Pemurnian Draf Soalan Peperiksaan Mei/Jun 2013

Alhamdulillah, pemurnian draf soalan di peringkat institut telah dijalankan dengan jayanya. Pada asasnya semua pensyarah yang terlibat dalam penilaian kursus secara peperiksan perlu terlibat dalam penggubalan ini.  Proses ini bermula dengan pengubalan draf soalan diperingkat jabatan lalu dimurnikan oleh SME (Subject Matter Expert) jabatan masing-masing.

Seterusnya proses pemurnian ini diselaraskan di peringkat institut. Proses ini dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu pada:

i. 22/2/13 hingga 24/2/13 dan
ii. 4/3/13 hingga 5/3/13

Penel-panel pemurnian diperingkat institut terdiri daripada IEE institut, ketua-ketua jabatan, penggubal soalan, wakil Jabatan pendidikan (utk semakan pedagogi) dan wakil Jabatan Pengajian Melayu (untuk semakan bahasa).

Pada keseluruhannya, semua pihak telah menjalankan khidmat mereka dengan jayanya. Diharapkan komitmen dan ketekunan tuan/puan dalam menunaikan amanah boleh menjadi contoh kepada generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment