Monday 13 May 2013

Kursus Pentaksiran dalam Pengajaran dan Pembelajaran”

Jabatan Sains dengan kerjasama Unit Latihan dalam Perkhidmatan IPG Kampus Pendidikan Teknik telah menganjurkan kursus bertajuk “Pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran” dari 20 – 23 Mac 2013 di Hotel Selesa Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Objektif kursus adalah seperti berikut:
  1.    Menjelaskan peranan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran.
  2.    Menghuraikan prosedur pentaksiran di IPGM.
  3.   Menggubal  soalan kerja kursus, peperiksaan berdasarkan JSU dan skema pemarkahan.  

Seramai 42 pensyarah telah menghadiri kursus tersebut. Semua pensyarah Jabatan Sains dan Jabatan Bahasa diwajibkan hadir manakala Jabatan lain diwakili oleh 2 orang pensyarah.
Fasilitator kursus ialah pensyarah daripada Jabatan Sains, iaitu :
  1.        Dr.Tan Juat Ngoh,
  2.        Dr. Norizan Ahmad dan
  3.        Pn. Normah Abdul Aziz. 



Antara isi kandungan yang disampaikan ialah pentaksiran untuk pembelajaran dalam bentuk pelaksanaan kerja kursus, pentaksiran tentang pembelajaran dalam bentuk peperiksaan dan penggubalan soalan peperiksaan yang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Melalui bengkel, peserta kursus meneliti ‘Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus’ dan ‘Buku Panduan Penggubalan Kertas Peperiksaan Dan Skema Pemarkahan’, keluaran Institut Pendidikan Guru Malaysia berkuat kuasa Jun 2012 dan dikemaskini Januari 2013 serta menggubal contoh soalan objektif dan subjektif berunsur KBAT.   Semua pensyarah mendapati  kursus ini sangat sesuai dengan bidang tugas mereka dan dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan min skor 4.8 daripada 5. Objektif kursus didapati tercapai.


Disediakan oleh Dr. Tan Juat Ngoh

No comments:

Post a Comment