Sunday 12 May 2013

LAPORAN VERIFIKASI KERJA KURSUS PERINGKAT IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


Verifikasi kerja kursus di IPG KPT telah dijalankan pada 17 April 2013. Skop verifikasi kerja kursus pada kali ini melibatkan program PPISMP dan PISMP sahaja. Proses verifikasi ini bertujuan memastikan penggubalan dan proses pelaksanaan kerja kursus latihan perguruan dapat dijalankan secara sistematik, profesional, berwibawa dan berkesan mengikut prosedur dan keperluan Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM). Di antara yang terlibat adalah wakil dari Jabatan Ilmu Pendidikan, Pengajian Melayu, Bahasa, Pendidikan Islam, Sains Sosial, Ekonomi Rumahtangga, Matematik, Sains, Perdagangan, Reka Bentuk Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Unit Kokurikulum. Terdapat dua sampel bagi 2 kursus yang ditawarkan oleh Jabatan/Unit yang terlibat dalam verifikasi kerja kursus oleh iEE IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Hasilnya iEE IPG KPT mendapati Jadual Spesifikasi Tugasan sampel memenuhi prosedur penggubalan kerja kursus seperti berikut:
·        Objektif tugasan berdasarkan hasil pembelajaran.
·        Soalan tugasan berasas tinggi (KBAT).
·        Mempunyai lebih daripada 1 tugasan.
·        Tugasan disemak oleh pensyarah mengikut rubrik yang disediakan.
·         Pensyarah telah menjalankan moderasi dengan menggunakan borang-borang yang betul.
Walau bagaimanapun terdapat cadangan penambahbaikan daripada  iEE Kampus Pendidikan Teknik iaitu:  

·        Menepati objektif penilaian dari segi taburan normal (normal curve).
·        Pembinaan rubrik secara holistik perlu dipertingkatkan lagi.
·        Perlu memastikan sisihan piawai bagi setiap sebaran markah adalah lebih daripada 5.

Pada keseluruhannya didapati kerja kursus di IPG KPT telah dilaksanakan mengikuti kaedah serta prosedur yang betul. Beberapa aspek dari segi teknikal dalam kerja kursus perlu diperbaiki. Jawatankuasa Kerja Akademik IPG KPT akan mengambil tindakan untuk memperbaiki semua kelemahan dan kekurangan yang didapati dalam pemantauan verifikasi kerja kursus. 


No comments:

Post a Comment