Monday 13 October 2014

Seminar Kajian Tindakan 2014 IPGKPT

     Pengenalan

         Seminar Kajian Tindakan 2014,  Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) merupakan satu daripada pengisian kepada Minggu Akademik dan Kokurikulum (MAdK). MAdK diwujudkan sebagai acara tahunan di IPGKPT dalam usaha memperkasa profesionalisme bakal pendidik. Seminar Kajian Tindakan menjadi satu daripada acara dalam MAdK untuk merealisasikan usaha tersebut.

            Selain itu seminar ini boleh menjadi wadah perkongsian ilmu berkaitan penemuan baharu dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman dan penyertaan para pensyarah IPG, guru-guru sekolah dan pelajar tahun akhir dalam seminar itu diharapkan dapat memantapkan lagi roh pendidik dan sekaligus menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan abad di 21.

            Seminar ini bakal mengangkat profesionalisme pensyarah dalam aspek peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta kepimpinan pendidik guru di IPGKPT.  Diharapkan seminar yang diadakan ini bertepatan dengan masa dan ketikanya dalam usaha melahirkan warga pendidik genarasi masa depan yang berkaliber dan berinovasi.

Objektif
  • Meningkatkan profesionalisme dan kemahiran pedagogi dalam kalangan peserta seminar;
  • Menggalakkan perkongsian ilmu tentang penemuan baharu dalam  amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah;
  • Membina budaya penyelidikan khususnya dalam rekabentuk Kajian  Tindakan dalam kalangan pensyarah IPG, guru-guru dan pelajar;
  • Memperkasa kualiti pendidikan negara.

Tarikh Penyertaan 

Butiran  seminar adalah seperti berikut:

            Tarikh              :           30 September 2014  (Selasa)
            Tempat            :           Dewan Kuliah IPG
                                                Kampus Pendidikan Teknik,
                                                Bandar Enstek, Nilai.
            Masa               :           11.00 pagi - 5.00 petang

Peserta terdiri daripada pensyarah IPG, Guru Sekolah; dan Pelajar PISMP Semester 8 daripada IPGKPT. Penghantaran abstrak bermula 4 – 29 Ogos 2014 manakala penulisan penuh sebelum 18 September 2014.

Jawatan Kuasa Seminar

Ketua Penyelaras : Mohamed Nazul Ismail           
Penyelaras : Pn Zawiah Bahrom, 
Pn. Kamsiah Omar, Pn. Manisah Mohd Shah dan Wakil Pelajar (Zarifah)

Pembentangan Kertas Kerja

Sebanyak 19 kertas kerja telah dibentangkan. Lima daripadanya dibentangkan pada sesi sesiri di dewan kuliah dari jam 10.30 hingga 12.30 dengan dipengerusikan oleh Dr Fatimah Dahalan.  Tiga pembentang daripada pensyarah IPG KPT manakala dua lagi ialah guru sekolah. Pada sebelah petang 14 kertas kerja dibentangkan dengan berkonsepkan sesi selari di 3 bilik seminar yang berasingan. Pendengar seminar terdiri daripada pensyarah dan pelajar-pelajar IPGKPT terutama Sem 6 dan  8.

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN 2014
Tarikh: 30 Sept 2014
Tempat: Bilik 1 (BT-09), IPG KPT

Pengerusi : Hanis ‘Izzati Binti Ibrahim

Masa
Butiran
2.30 – 2.50 ptg
Penggunaan Kaedah ‘TAICoL’ untuk Meningkatkan Penglibatan Murid Orang Asli dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Amirul Ikhwan Mustafha
Dr Norhayati Muhammad
Jabatan Sains


2.50 - 3.10 ptg
Meningkatkan Kemahiran Mengecam Warna Sekunder dan Warna Tertier Menggunakan Teknik  ‘Mix &  Match’ bagi  Kanak-kanak Prasekolah  Anggun Bestari
Siti Zuliha Bt Azmi
Che Harithun Bt Abdullah@Harun
Jabatan Ilmu Pendidikan



3.10 – 3.30 ptg
Enhancing teacher’s ability to elicit pupils’ participation in the class through the use of quiz
Deborah Loi Yi Jing
Evelyn Gnanam a/p William George
Jabatan Bahasa



3.30 – 3.50 ptg
Menambah Baik Cara Saya Mengajar Algoritma Kemahiran Penukaran Pecahan Tak Wajar Kepada Nombor Bercampur Menggunakan Teknik ‘Telur Separuh’
Ahmad Azrul Arefe bin Ahmad Rosdi
Helizan Zainal
Jab. Matematik

3.50- 4.10 ptg
Pengetahuan Terhadap Kitar Semula Sisa Pepejal dan Hubungannya dengan Tingkah Laku Alam Sekitar dalam Kalangan Guru Pelatih
Kartini Abdul Mutalib, PhD
Ahamad Shabudin Yahaya, PhD



Tempat: Bilik 2 (BT-10), IPG KPT

Pengerusi: Alif Izzati Binti Alifdin

Masa
Butiran
2.30 – 2.50 ptg
Improving Teaching of Spelling Skills Through The Use Of Heuristic Activity
Komathi d/o Kamalanathan
Hjh Fauziah Binti Hj.Abdul Rahman
Jabatan Bahasa

2.50 – 3.10 ptg
Pelaksanaan Program “T-FELTPRO” untuk Meningkatkan Kemahiran Menjahit Murid Tahun 5
Nur Emyra Binti Mohd Noor
Jab. Reka Bentuk dan Teknologi

3.10 – 3.30 ptg
Penggunaan “Interactive Manual Board” dalam Meningkatkan Kefahaman dan Kemahiran Memasang Kit Model Kereta dalam Kalangan Murid Tahun 4 di Sebuah Sekolah Kebangsaan di Selangor
Alif Izzati Binti Alifdin
Dr Sharifah Kamaliah Binti Syed Sofian
Jab. Reka Bentuk dan Teknologi



3.30-3.50 ptg
Penggunaan Kaedah CoRo Untuk Memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Pemulihan
Nurul Nazierah binti Omar
Shamsiah binti Md Nasir
Jabatan Ilmu Pendidikan


3.50 – 4.10 ptg
Enhancing teacher’s ability to enforce rule of speaking the target language during English lessons through the use of a token system
May Ai Quan Yap
Nil Farakh Sulaiman, Ph.D
Jabatan Bahasa



Tempat: Bilik 3 (BT-11), IPG KPT

Pengerusi: Muhammad Azwan Basaruddin

Masa
Butiran
2.30 – 2.50 ptg
Penggunaan teknik “PYSTE NUMBERS” bagi meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 9 dan rawak dalam kalangan murid prasekolah.
Nor Rosmazieha binti Mat Nawi @ Nik Sin
Pn. Haliza binti Hamzah
Jabatan Ilmu Pendidikan
2.50 – 3.10 ptg
How I enhanced my ability to divide pupils effectively during group tasks using grouping strategies to improve year 5 pupils’ interaction
Muhammad Azwan Basaruddin
Rouzil Armiza Hj Shamsir
Jabatan Bahasa

3.10 – 3.30 ptg
How I enhanced my classroom management using positive reinforcement to improve my students’ motivation in learning English language
Nur  Amalina bt Haji Jaafar Siddek
Abd.  Bashir Hj Hassan
Jabatan Bahasa



3.30-3.50 ptg
Meningkatkan Kejelekitan Rakan Sekerja Melalui Aplikasi WhatsApp
Mohamed Nazul Ismail
Ellyza Karim
Manisah Mohd Shah
Normah Abdul Aziz
Haliza Hamzah



Tempat: Dewan Kuliah, IPG KPT

Pengerusi :         Dr Fatimah Dahalan (Jab. Sains Sosial)
                             En. Romy Kadir (Jab. Pend. Teknik & Vokasional)

Masa
Butiran
10.30 – 10.50 pg
Penggunaan CAPS Bagi Membantu Guru Pelatih Membina Soalan Lisan Kemahiran Berfikir Murid Pemulihan
Mahani binti Ibrahim
Fauziah binti Hashim
Jabatan Ilmu Pendidikan

10.50 – 11.10 pg
Pengetahuan dan Kesediaan Guru-guru Pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Terhadap Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di Sekolah Rendah : Satu Kajian Kes
Zaiton  Binti  Sharif
Jabatan Ilmu Pendidikan

11.10pg – 11.30 pg
Pengaruh Jantina Dan Lokasi Terhadap Tahap Efikasi Kendiri Pelajar Matematik
Farah Liyana Binti Ramli
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)



11.30 – 11.50 ptg
Penguasaan Kemahiran Membaca dalam Kalangan Murid PROTIM
Zawahir Ismail
Elah Senawi
Jabatan Pengajian Melayu
11.50- 12.10 ptg
Miskonsepsi Dalam  Tajuk Nombor Bulat Dalam Kalangan Murid Tahun 1 Sekolah Rendah
Siti Hurul Ain Binti Zulrofli
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

No comments:

Post a Comment