Monday 13 October 2014

Karnival Permainan Matematik

Tarikh  :1 Oktober 2014                        
Tempat :   IPG Kampus Pendidikan Teknik
Kumpulan Sasaran    : 10 orang murid daripada SK Kompleks KLIA
                                      10 orang murid daripada SK Jijan
                                      10 orang murid daripada SK LB Johnson
                                      10 orang murid daripada SJK(T) Ladang Kubang
                                                                                   
Pengerusi Program : Pn Wan Noor Adzmin Mohd Sabri

Penyelaras Program : Pn Parimalarani Sivasubramaniam
                                                           
Fasilitator : 22 orang guru pelatih 6PISMP MT1 (Ambilan Jan 2012)

Pengarah Program : Saudara Haanatharao Gunnasagaran
Penolong Pengarah Program : Saudari Debra Paiman

Objektif Karnival Permainan Matematik :
·   Menguji keberkesanan aktiviti dan bahan bantu mengajar yang telah dihasilkan oleh guru pelatih matematik berkaitan tajuk –tajuk matematik KSSR.
·      Memberi pengalaman sebenar kepada guru pelatih berhadapan dengan murid-murid  sekolah.
·      Meningkatkan minat guru pelatih opsyen Matematik terhadap pengajaran Matematik di sekolah rendah dengan mendedahkan mereka kepada pedagogi pengajaran yang menarik  seperti permainan matematik.
·      Memberi sumbangan kepada sekolah dalam program “Pimpin” IPG Kampus Pendidikan Teknik dengan menganjurkan Karnival Permainan Matematik dengan tujuan mendedahkan murid-murid dan guru-guru Matematik kepada kelebihan dan keseronokan permainan matematik.
·   Mengeratkan hubungan silaturrahim serta semangat kerjasama antara guru pelatih dengan masyarakat sekeliling.
·       Memperkasakan pengetahuan guru pelatih terhadap pedagogi permainan matematik.
·  Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengembangkan bakat dan potensi dalam mengendalikan permainan  matematik di sekolah kelak.
·  Memperkukuhkan konsep-konsep matematik  dan menarik minat murid terhadap subjek Matematik.





No comments:

Post a Comment